What should you know!
Macamana nak membuktikan perfume tersebut BEBAS ALKOHOL?
Kandungan alcohol dalam minyak wangi boleh dibuktikan dengan menggoncang sedikit botol minyak wangi tersebut..jika perfume anda menghasilkan buih yang agak banyak..SAH ! ADA ALKOHOL..
Bidadari Fragrance memang BEBAS ALKOHOL., jika digoncang, yang terhasil hanyalah beberapa buih-buih udara..tidak perlu was-was untuk dibawa sembahyang.
Apa tujuan alkohol dimasukkan ke dalam minyak wangi?
Sifat alcohol adalah meruap..jadi, alcohol dimasukkan ke dalam minyak wangi supaya bau minyak wangi tersebut boleh meruap dan dihidu oleh orang sekeliling..tapi keburukannya, wangian tersebut tidak akan kekal lama di badan sebab dalam masa 3-4 jam wangian tersebut telah habis meruap di udara..semakin banyak kandungan alcohol, semakin cepat ia meruap, semakin ia tidak kekal lama.
Bidadari Fragrance memang BEBAS ALKOHOL, jadi harumannya berkekalan walaupun selepas anda mandi!!
Bagaimanakah cara yang sesuai untuk mencuba minyak wangi?
Tempat yang paling sesuai untuk mencuba perfume adalah di pergelangan tangan. Tetapi JANGAN MENGGOSOKKAN ke dua pergelangan tangan tersebut setelah dicalitkan perfume kerana tindakan ini akan merubah bau sebenar perfume.
Kenapakah perfume perlu dicalit di kawasan bernadi seperti pergelangan tangan, belakang telinga, bawah leher, lipatan lutut dan siku?
Tempat-tempat tersebut adalah kawasan nadi. Kawasan nadi adalah tempat paling hangat. Kehangatan ini menolong menyemarakkan lagi bau. The pulse points also help to ‘push’ the scent into the air.
Kenapa tahap ketahanan perfume berbeza bagi setiap orang?
Sebenarnya sama ada perfume yang dipakai boleh bertahan lama atau tidak adakalanya bergantung pada warna kulit. Mereka yang berkulit cerah biasanya kulit mereka agak kering berbanding dengan orang yang berkulit sawa matang. Jika dicalit pada kulit yang kering, perfume akan mudah meresap ke dalam kulit anda dan seterusnya menyebabkan bau tidak kekal lama. Oleh itu, bagi yang berkulit cerah, anda dinasihatkan memakai losyen badan sebelum mencalitkan perfume agar perfume boleh bertahan lama di badan anda.
Kenapa bau perfume adalah berbeza pada setiap orang?
Sebenarnya aroma perfume yang dikeluarkan setelah dicalit di kulit adalah bergantung kepada kandungan kimia badan, umur, dan pemakanan (bau perfume juga boleh berbeza bagi penggemar makanan berempah). Selain itu, perlu diingat, perfum terhasil daripada pelbagai pati minyak, Terdapat pati minyak tertentu yang akan meresap ke dalam kulit ada, ada pati minyak yang kekal di luar kulit..jadi, hanya yang kekal di luar kulit yang akan memberikan bau..jadi, tidak hairan lah jika bau perfume tersebut boleh berbeza pada setiap orang yang memakainya, walaupun dari jenama yang sama.
Adakah perfume memerlukan penjagaan yang rapi ?
Perfume seharusnya dijauhkan daripada tempat yang panas atau terlalu sejuk. Bagi mengelakkan ia meruap, ia perlulah ditutup dengan ketat untuk mengekalkan baunya. Wangi perfume juga boleh berkurangan jika didedahkan di tempat yang boleh dimasuki cahaya matahari. Simpanlah perfume anda di dalam kotak atau di dalam almari kedap cahaya.
Apakah kegunaan lain pati minyak wangi selain dipakai di badan?
Anda boleh menitiskan beberapa titis pati wangian kegemaran anda ke dalam air mandi, berendam di dalamnya, bau harumnya akan meresap ke seluruh badan anda. Selain itu, masukkan beberapa titis ke dalam air bilasan pakaian, rendam seketika, jemur..pakaian anda akan berbau wangi. Anda boleh juga meletakkan beberapa titis di kipas siling rumah anda..biarkan ia berputar..rumah anda akan berbau wangi…cubalahh..
Berapa banyak perfume harus saya pakai?
Pernahkah anda rasa seperti ingin memakai ‘gas mask’ kerana bau perfume kawan anda yang terlalu kuat? kadang-kadang kita tidak perasan yang bau perfume yang kita pakai terlalu kuat dan terus memakainya dalam kuantiti yang banyak..keadaan ini dipanggil ‘sensory habituation’ di mana deria bau kita menjadi tidak peka ..jangan biarkan keadaan ini terjadi kepada anda..pakai la perfume sekadarnya sahaja.
Bagaimana untuk menghilangkan bau perfume pada badan?
Jika anda tercalit terlalu banyak dan pastinya membuatkan anda sendiri ‘pening’ dengan baunya, ada cara untuk anda menghilangkan bau tersebut.
- Babywipe – lap dengan menggunakan tisu basah baby
- Baking soda – bancuh baking soda dengan air (pekat), sapukan pada kulit
- Lotion badan – sapukan dengan Baby lotion, biarkan beberapa minit, dan bilas dengan air
- Jika semuanya tidak berjaya – mandi je laaa..